Nampak sudah bahawa pelajaran mathimatic dan sains dalam bahasa inggeris tidak munasabah dengan matlamat negara Malaysia. Perbuatan Kerajaan masa itu di bawah Tun Mahathir kini dianggap sebagai satu keputusan khianat. Antara yang nampak ialah di kawasan bandar termasuk dari keturunan tamil dan china yang di sekolah kebangsaan sama-sama tercicir dalam pembelajaran tersebut. Mereka mengatakan berapa ramaikah yang boleh menjadi orang puteh?
Dari hasil peperiksaan juga didapati markah mata pelajaran inggeris tidak meningkat, sedangkan tujuan asal ialah mahukan mereka pandai dalam bahasa itu.
Di sini jelas Tun Dr Mahathir melakukan khianat yang tidak boleh dilupakan sebagaimana khianatnya En. Khir Johari yang menghapuskan tulisan jawi di sekolah, hingga jenerasi kemudian menjadi buta huruf dalam jawi.


Keputusan ICJ di The Hague, Belanda 23 Mei 2008 yang menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura sangatlah menyedihkan saya sebagaimana juga yang dirasai oleh warganegara Malaysia yang lain.Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 0.5 batu nautika di utara Middle Rocks, yang mana Middle Rocks adalah milik Malaysia. Sementara status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak, iaitu andainya ukuran teknikal mendapati pulau itu berdekatan dengan singapore, maka South Ledge akan menjadi sebahagian singapore, walhal tiga-tiga tempat itu adalah milik negeri Johor.Dalam penghakiman itu telah dibangkitkan a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan sesebuah negara mempunyai kedaulatan) yang jika gagal dipenuhi boleh menyebabkan sesebuah negara itu 'terlepas' kedaulatan ke atas jajahannya.1986 dalam masa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Malayisa masa itu, Malaysia tidak berbuat apa-apa kepada Singapore yang kurang ajarnya mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge, menghalang nelayan-nelayan di Johor terutamanya di kawasan Pengerang daripada mendekati perairan Middle Rocks. Nasi sudah menjadi bubur, itulah yang saya dapat luarhkan kemarahan ini, dan merasakan Pedrdana Menteri masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir adalah manusia yang pandai cakap berdekah-dekah, tetapi pengecut dalam soal pertahanan negara. Ibarat kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa PM dahulu hanyua suka hentam pemimpin sana sini, suka membanyakan musuh, tetapi lemah dalam pertahanan negara.