Monday, June 23, 2008

Senator sedang sakit otak

Saya fikir Senator Datuk Syed Ali AlHabshee sedang sakit otak, sakit gila dan sakit maroyan seperti orang bersalin yang sedang sakit, ditimpa masalah.

Semua orang akan setuju dengan saya, bahawa Tun Dr Mahathir memang ada jasa kepada negara, tetapi ia tidak bermakna jangan disentuk perbuatannya dulu, gila pangkat dan melampau, termasuk menipu rakyat.

Kejadian pemecatan hakim oleh Tun Dr Mahathir adalah satu perbuatan jahat, perbuatan yang tidak boleh dimaafkan, tetapi Senator Datuk Syed Ali AlHabashee mahu perbuatan itu sebagai halal, perbuatan yang harus dilakukan, sedangkan kejadian itu memang memilukan dan merugikan.

Kenapa Senator Datuk Syed Ali AlHabshee tidak melihat kekejaman yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sekarang, menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri, sedangkan Tun Dr Mahathir masih lagi orang kerajaan iaitu sebagai penasihat Petronas, penasihat Proton dan lain-lain?

Kenapa Senator ini marah bila menyentuh Tun Dr Mahathir, tetapi membiarkan sahaja Tun Dr Mahathir membuat fitnah yang bukan-bukan ke atas Datuk Seri Abdullah? Apakah istemewanya Tun di sisi Senator Datuk Syed Ali alhabashee dan apakah buruknya Datuk Seri Abdullah, sehingga Senator pilih kasih begini, sehingga senator menjadi sakit otak begini?

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf jika terkasar bahasa.Apa punya anak haram la awak nie? Jangan nak komen orang sahaja. Tonjolkan diri yang awak nie bukan Melayu pengecut yang lupa diri.Jangan asyik bidas orang tetapi buktikan dengan membantu orang melayu itu sendiri.