Sunday, May 25, 2008

Pandai cakap tak serupa bikin

Saya cukup menyampah dan marah kepada Tun Dr. Mahathir apabila saya mendapati beliau rupanya banyak cakap besar tetapi penakut, terutama dalam hal pertahanan negara, seperti hilangnya Pulau Batu Putih dari kedaulatan negara.

Sebenarnya Pulau Batu Puteh itu tidak akan ke Singapore kalau Tun Mahathir masa itu PM bertindak tegas, menghalau tentera Singapore yang mula datang ke situ pada tahun 1986, tetapi apa yang telah dibuat oleh Tun Mahthir?

Keputusan ICJ di The Hague, Belanda 23 Mei 2008 yang menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura sangatlah menyedihkan saya sebagaimana juga yang dirasai oleh warganegara Malaysia yang lain.

Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 0.5 batu nautika di utara Middle Rocks, yang mana Middle Rocks adalah milik Malaysia. Sementara status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak, iaitu andainya ukuran teknikal mendapati pulau itu berdekatan dengan singapore, maka South Ledge akan menjadi sebahagian singapore, walhal tiga-tiga tempat itu adalah milik negeri Johor.

Dalam penghakiman itu telah dibangkitkan a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan sesebuah negara mempunyai kedaulatan) yang jika gagal dipenuhi boleh menyebabkan sesebuah negara itu 'terlepas' kedaulatan ke atas jajahannya.

1986 dalam masa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Malayisa masa itu, Malaysia tidak berbuat apa-apa kepada Singapore yang kurang ajarnya mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge, menghalang nelayan-nelayan di Johor terutamanya di kawasan Pengerang daripada mendekati perairan Middle Rocks.

Nasi sudah menjadi bubur, itulah yang saya dapat luarhkan kemarahan ini, dan merasakan Pedrdana Menteri masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir adalah manusia yang pandai cakap berdekah-dekah, tetapi pengecut dalam soal pertahanan negara. Ibarat kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa PM dahulu hanyua suka hentam pemimpin sana sini, suka membanyakan musuh, tetapi lemah dalam pertahanan negara.

No comments: