Sunday, May 25, 2008

Pandai cakap tak serupa bikin

Saya cukup menyampah dan marah kepada Tun Dr. Mahathir apabila saya mendapati beliau rupanya banyak cakap besar tetapi penakut, terutama dalam hal pertahanan negara, seperti hilangnya Pulau Batu Putih dari kedaulatan negara.

Sebenarnya Pulau Batu Puteh itu tidak akan ke Singapore kalau Tun Mahathir masa itu PM bertindak tegas, menghalau tentera Singapore yang mula datang ke situ pada tahun 1986, tetapi apa yang telah dibuat oleh Tun Mahthir?

Keputusan ICJ di The Hague, Belanda 23 Mei 2008 yang menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura sangatlah menyedihkan saya sebagaimana juga yang dirasai oleh warganegara Malaysia yang lain.

Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 0.5 batu nautika di utara Middle Rocks, yang mana Middle Rocks adalah milik Malaysia. Sementara status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak, iaitu andainya ukuran teknikal mendapati pulau itu berdekatan dengan singapore, maka South Ledge akan menjadi sebahagian singapore, walhal tiga-tiga tempat itu adalah milik negeri Johor.

Dalam penghakiman itu telah dibangkitkan a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan sesebuah negara mempunyai kedaulatan) yang jika gagal dipenuhi boleh menyebabkan sesebuah negara itu 'terlepas' kedaulatan ke atas jajahannya.

1986 dalam masa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Malayisa masa itu, Malaysia tidak berbuat apa-apa kepada Singapore yang kurang ajarnya mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge, menghalang nelayan-nelayan di Johor terutamanya di kawasan Pengerang daripada mendekati perairan Middle Rocks.

Nasi sudah menjadi bubur, itulah yang saya dapat luarhkan kemarahan ini, dan merasakan Pedrdana Menteri masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir adalah manusia yang pandai cakap berdekah-dekah, tetapi pengecut dalam soal pertahanan negara. Ibarat kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa PM dahulu hanyua suka hentam pemimpin sana sini, suka membanyakan musuh, tetapi lemah dalam pertahanan negara.

Tuesday, May 20, 2008

Tun Mahathir Sudah Nyanyok Kot

Tun Mahathir bukan Pm tapi lagak macam Pm, sedangkan peristiwa itu sudah berlaku lama, di mana sekarang Pm ialah Pak Lah.


Saya pun hairan mereka yang kebanyakan dah tua-tua ni tak sedar lagi dari alam nostalgi, seolah-olah Tun Mahathir juga Pm mereka.


Hari ini kalau dia cakap apa pun, dengan merapu sekalipun, masih orang boleh ambil kira lagi. Malahan yang terbaru macam melatah pun ada, macam gila talak pun ada, macam gila babi pun ada, dia istihar keluar parti yang kononnya dahulu dia ahli seumur hidup dan no ahli pun no 1.


Lagi pelik yang pelik ialah Dia tu ahli no keahlian no 1, sedangkan sebelum dia tu, ada Tun Razak, ada Tunku Abdul Rahman. Agak-agak Pm-Pm dulu bukan ahli Umno kot.


Yang saya lagi bertambah lagi hairan, ada yang gila otak, gila perasaan apabila menyebut Tun Dr Mahathir, seolahnya Tun ini dia punya dewa, dia punya tuhan. Nauzubillah.


Saya tak tau lah mengapa tidak ada pakar perubatan yang boleh mengatasi orang-orang sedimikian ini. Sudahlah gila perasaan, sexual otak lagi, macam sudah buta segala-galanya, yang dia nampak Tun, Tun, dan Tun sahaja.


Zaman Tun dulu ada juga yang sexual otak ni, malah masih ada lagi hingga sekarang, terutama orang perempuan-perempuan, iaitu disuruhnya melihat bulan, maka melihatlah abuye. Siang malam terkenangkan abuya.(sesat habis)


Saya ingat memang betullah teori 'Positivesm', dan nampaknya Tun semasa jadi Pm telah berjaya menyerapkan teori ini dalam otak-otak makhluk begini, sehingga mereka menjadi totok setotoknya.


Tahniahlah untuk Tun yang berjasa itu.